Sunday 19 June 2011

tentang institut perguruan (IPG) program pelajar cemerlang ^.^

assalamualaikum..malam ni terasa nak post something tentang IPG ni sebab boring sangat duk dekat rumah,sindrom homesick terbalik (hahahah aku add vocab terbaru kat sini boleh?)

PErbezaan antara Kursus perguruan lepasan SPM(kplspm) dengan program pelajar cemerlang(ppc):
1.budak2 kplspm akan diasuh di Institut perguruan manakala budak2 PPc akan dihantar ke ipts (taylor's university college,kyuem.intec) sebagai persediaan ijazah sarjana muda diorang.

2.budak2 ppc berpeluang untuk ke university luar negara sekiranya result persediaan mereka gempak dan melepasi gred minima yg ditetapkan:
antara university diluar negara yg telah ader perjanjian dengan KPM ialah,UK,NZ,Aussie

3.lepas dapat ijazah sarjana muda,budak2 ppc ni wajib amik KPLI (kursus perguruan lepasan ijazah) sebab university yg diorang masuk dulu bukan utk study education..rugi masa setahun(ni yang kontra)

4.ni je la kot..hahaha


tentang persepsi masyarakat mengenai IPG ni:
ade yg menyokong kerana kerjaya sebagai seorang guru sangat seronok dunia akhirat
kenape?
der,budak cuti,kita cuti...kalau nk dibandingkan dgn kerjaya yg korang fikir awesome macam doktor,enginner,arkitekk dll..memang out la kerjaya ni(xcool langsung)
sebab doktor penat bhai kerja,kalo korang berbini/berlaki dengan doktor lagi la peerghh..anak korang kompen xkenal korang time diorang kecik2 dulu,yang kenal datuk,nenek dan bibikk
kah3...kalau sal gaji ni memang la korang akan nampak guru gaji kecik,tapi korang boleh bawak mati ke duit hah??
boleh bawak mati kerr??(in case kalau korang xkorek telinga lagi..:P)
korang kerja sebagai cikgu,income pahala tu xsoh cakap la..insyAllah kalau niat nak mendidik memang Allah s.w.t akan kasi la pahala tu..bak kata orang tua2,menyelam sambil minum air la kalau korang jadi cikgu..untung2
....dan kepada masyarakat yg gatal2 nak kawen awal tu,kalau korang jadi cikgu buleh la nak kawen awal (=.=') sebab kalau korang perempuan,untuk mengelakkan di'post' ke pulau borneo,kawasan terpencil,orang boleh guna alasan ni untuk ke bandar,KPM akan mepertimbangkan kes anda dgn segera,InsyAllah..


kepada manusia2 yg merperkecilkan niat anda nak jadi cikgu..persetankan mereka..ya!!persetankan mereka!!
sape mereka nak cakap kerja cikgu x cool,gaji kecik la,..dulu diorang belajar dgn sape time tadika,sk,smk,university??
dgn bapakk diorang ke??

haa,sebelum aku terlupa..kalau korang dah dapat peluang untuk interview IPg ni dan berniat nak jadik seorang pendidik,aku ader tips nya:
1.hari korang nak g interview tu,1st thing korang kena buat ialah berdoa la sikit kehadratNya supaya interview korang berjalan lancar.
2.pakai pakaian yg korang nampak cikgu2 korang pakai dulu time spm,pmr,upsr tu..jgn mengade-ngade nak pakai jeans,tshirt.
3.rambut korang kena kemas sikit,kalau boleh pendek dan belah tepi(sivik gila la ni)..kah3
4.korang nak g interview tu kena salam dulu dgn parent..berkat sikit
5.akan ader test.soalan objektif je..senang gila,janji korang jawab semua soalan
6.lepas tu ader group interview..time ni korang akan diberi tajuk untuk dibincangkan..yang ni pun senang..satu jer nasihat aku kat korang,jgn nak jadi orang gila 'microphone'+bagi la peluang untuk calon lain bercakap+jgn guna bahasa formal sgt..ko ingat ni perbahasan kat sekolah ke?!!!
untuk kelainan sikit,korang panggil la calon lain adinda ke,kekanda ke..baru syok der interview..time ni kompem interviewers akan gelak sikit sbb xpernah dgr org buat gini time interview..ectra marks untuk korang..
7.lepas je abis group interview tu,korang lepak2 la dengan calon lain,tnya la mereka ape yg mereka dah prepared utk interview ni..lepas2 tu sharing2 la sikit..sharing is caring right?
8.bila nama korang dah dipanggil tu,tarik nafas panjang2 macam korang nk sedut oxygen yg last dah kat muka bumi ni,and then ketuk pintu,bg salam dan pergi berdiri depan interviewers..
9.duduk hanya apabila disuruh!!!lepas tu korang akan ditanya berbagai rupa soalan..jawab dgn ikhlas ye :P
10.akan ade soalan 'cepumas' dr penemuduga contohnya:andai kata pihak kami menerima anda dan anda akan dihantar ke kawasan pedalaman utk berkhhidmat sebagai tenaga pengajar,apa pandangan anda,danggupkah anda...hehehee,dulu aku jawab gini la lebih kurang
:tuan,demi mencapai cita2 saya,saya bekan saja sanggup berkhidmat dikawasan pedalaman bahkan di pulau2 terpencil tuan..ntah la,xingat la wei dah berbulan2 tp bunyi nya lebih kurang gini la
:P

hahhaa..post ni hanyalah untuk renungan semata mata...xberkaitan langsung dengan yg dah mati,tapi berkaitan dengan yg masih hidup
:P
assalamualaikum